BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 21st Century learning Design / 1BestariNet Teacher Awards – “CELEBRATING 21ST CENTURY TEACHERS”

1BestariNet Teacher Awards – “CELEBRATING 21ST CENTURY TEACHERS”

Salam Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd berhasrat untuk menganjurkan “1BestariNet Teacher Awards 2016 (1BNTA) ‘Celebrating 21st Century Teachers”.

Sepertimana yang Tuan/Puan ketahui, pihak kami telah melangsungkan anugerah ini sejak tahun 2014. Untuk tahun 2016 ini, pihak kami akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah bersempena bulan Hari Guru 2016.
Sehubungan dengan itu kami berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri & BTPN dapat memuat naik banner 1BNTA bagi memberi galakan untuk guru-guru di negeri Tuan/Puan untuk turut serta dalam kategori-kategori yang dipertandingkan dalam anugerah ini.

Untuk pengetahuan pihak Tuan, 1BNTA “Celebrating 21st Century Teachers” diadakan adalah untuk memupuk daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru dan murid sekolah-sekolah kerajaan selaras dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Anugerah ini juga adalah satu platform penghargaan kepada guru-guru yang telah menyumbangkan idea dan inovasi serta pengetahuan dalam bidang pedagogi menggunakan elemen 5C dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid di Malaysia.

Maklumat lanjut di http://www.1bnteacherawards.com/

Semoga dengan hebahan ini, dapat menggalakkan penyertaan dari guru-guru di negeri Tuan/Puan.
Terima kasih.

About admin

Profile photo of admin

Check Also

aplikasieMAS

Aplikasi Semakan Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards Dari Tahun 2012 hingga 2016

Salam Bahagia, Semua Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Dari Tahun ...

Leave a Reply