BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Analisa SPS sehingga 16052014, SAP Dongle YES dan Status Pusat Akses.

Analisa SPS sehingga 16052014, SAP Dongle YES dan Status Pusat Akses.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Kelantan

Assalamualaikum dan Salam 1BestariNet

Perkara : ANALISA SPS SEHINGGA 16052014 – SAP DONGLE  YES DAN  STATUS PUSAT AKSES

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah penerangan mengenai perkara diatas

2.1 : Analisa SPS Sehingga 16052014
2.1.1 Dilampirkan 2 kaedah analisa iaitu :
A – Data SPS_QEMISvsSPS iaitu Analisa Perbandingan Data SPS dan Data EMIS – SILA KLIK
B – QStatusHingga1605_Data1605-Data2804 iaitu Analisa perbandingan Data Sehingga 1605 dengan Data 2804 – SILA KLIK

2.2 : SAP Dongle YES
2.2.1 Mohon untuk melengkapkan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) Dongle bagi semua PKG Negeri Kelantan sama ada telah terima atau belum
2.2.2 Setakat ini hanya terdapat 2 PKG yang memaklumkan belum menerima Dongle dan akan diberi semasa siap proses SAP tersebut
2.2.3 Bagi Dongle yang telah rosak, sila bawa bersama semasa menghantar SAP
2.2.4 Sila klik pautan berikut URL SAP Dongle : http://goo.gl/TTnUCW
2.2.5 Penghantaran SAP adalah pada atau sebelum 11 Jun 2014
2.2.6 Kelewatan penghantaran SAP akan menjejaskan perkara 2.2.2 dan 2.2.3

2.3 : Status Pusat Akses dan Juruteknik Komputer Sekolah
2.3.1 Dilampirkan bersama
A – Memo Dalaman dari BTP berkaitan perkara ini. (MDPusatAkses) – SILA KLIK
B – Borang MDStatusPusatAksesKelantan_Borang – SILA KLIK
2.3.2 Mohon PKG menghantar maklumat ini sebelum atau pada 27 Mei 2014
2.3.3 Mohon PKG menyemak data yang berkaitan di PKG kerana mengikut penghantaran Data Maklumat Juruteknik Komputer kepada Unit Perkhidmatan ICT pada bulan April 2014, terdapat Data yang dihantar data yang telah tidak sah iaitu Juruteknik Sekolah telah berpindah.

3. Sehubungan itu, mohon tindakan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Kelantan berkaitan perkara diatas. Perkara 2.2 perlu dihantar dalam bentuk Hardcopy dan Perkara 2.3 boleh dihantar melalui email.

4. Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan, amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah;

(WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Kelantan
No. Telefon : 019 – 932 8382 | 09 – 773 8688 | Faks : 09 – 773 6909

About admin

Profile photo of admin

Check Also

image003

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 3/2017 – “KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB”

Keterhutangan Kewangan Yang Serius 1. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan ...

Leave a Reply