BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 5 Segi / Anugerah NILAM Peringkat Negeri Kelantan 2017

Anugerah NILAM Peringkat Negeri Kelantan 2017

  • Latar Belakang
  • Asas-Asas Pertimbangan
  • Objektif
Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara. Program ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran ke arah galakan yang wajar digerakkan dalam kalangan murid sekolah supaya gemar membaca dan menjadikan ia aktiviti berterusan sepanjang hayat. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca tahun 2003 telah menetapkan bahawa acara Anugerah NILAM Kebangsaan perlu dianjurkan pada setiap tahun. Anugerah NILAM Peringkat Negeri merupakan kesinambungan usaha-usaha yang lalu dengan beberapa pengubahsuaian dari aspek penganjurannya, melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan atau swasta yang lain dalam usaha menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang diberi perhatian oleh semua pihak dalam masyarakat di negara ini.

Anugerah NILAM Peringkat Negeri merupakan pengiktirafan dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Objektif Pelaksanaan Anugerah NILAM Peringkat Negeri 2017 adalah seperti berikut:

● Menggerak dan memastikan keberterusan aktiviti-aktiviti galakan membaca
● Meningkatkan minat membaca yang berterusan dengan pemilihan bahan bacaan yang berkualiti
● Menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan dasar MBMMBI
● Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan peluasan penglibatan di luar dari persekitaran sekolah; masyarakat sekitar
● Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
● Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.

cover1

cover2

cover3

cover4

Leave a Reply