BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Invite / HEBAHAN: JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA (CMIEF) 2015

HEBAHAN: JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA (CMIEF) 2015

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,

Dengan segala hormat saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan menganjurkan Persidangan Ekonomi Dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2015 mengikut butiran seperti berikut:

Tarikh : 29 hingga 30 Julai 2015 (Rabu – Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Mohd Shahir
Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

3. Sehubungan itu, dijemput dua (2) orang peserta yang berminat daripad setiap bahagian/Jabatan untuk hadir ke program ini. Bersama-sama ini disertakan tentative program (Lampiran B) dan borang pengesahan kehadiran peserta (Lampiran C). Pegawai yang berminat boleh mengisi borang pengesahan kehadiran peserta di dalam lampiran surat dan mengumukakan melalui emel danial.suhaimi@moe.gov.my dengan segera sebelum atau pada 22 Julai 2015.

4. Untuk makluman, program selama dua (2) hari ini ada menyediakan makan dan minum kepada peserta manakala penginapan hanya terhad kepada peserta yang tinggal di luar Lembah Kelang.

5. Bersama-sama ini disertakan memo jemputan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan selanjutnya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

DANIAL ABDILLAH BIN SUHAIMI
Penolong Pegawai Tadbir

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Telefon : 03-88847943
No. Faks : 03-88847925
Emel : danial.suhaimi@moe.gov.my

About admin

Profile photo of admin

Check Also

image003

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 3/2017 – “KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB”

Keterhutangan Kewangan Yang Serius 1. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan ...

Leave a Reply