BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / HEBAHAN: PELAWAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2017/2018

HEBAHAN: PELAWAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2017/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
  
 
PELAWAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2017/2018
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan di luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. 
 
3.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Borang permohonan BYDPA perlu diisi secara dalam talian di portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Permohonan dibuka mulai 8 Februari 2017 sehingga 3 Mac 2017.
 
4.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.175/4/4-18/1Klt.9(7) bertarikh 7 Februari 2017. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 
 
i.              Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin. 1/2003);
ii.            Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara;
iii.           Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip); dan
iv.           Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip).
     
5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 28 Februari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang kepada:
 
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
 
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-88847947, Faks: 03-88847925
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel:03-88847943, Faks: 0388847925
 
    
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
 
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.:Puan Azzarina binti Anor Bashah, Tel: 03-88841091, Faks: 03-88841081
            Emel: azzarina@moe.gov.my
 
 
6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

About admin

Profile photo of admin

Check Also

hadiah

Hebahan: Larangan Pemberian Cenderahati Kepada Tetamu Kehormat (VIP) Semasa Perasmian Majlis Rasmi Di Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan. Bersama ini dilampirkan Larangan ...

Leave a Reply