BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / Hebahan: Pencalonan Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017

Hebahan: Pencalonan Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah lkon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017. Anugerah ini merupakan kali kelima diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru / pensyarah / pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini meminta kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk membuat pemilihan dan mencalonkan 5 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru / pensyarah / pegawai ) yang layak dan menepati syarat-syarat untuk dicalonkan sebagai lkon Guru 2017 mewakili Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian dan Institusi yang terlibat secara langsung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat serta borang penyertaan seperti Lampiran untuk penyelarasan selanjutnya. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, tarikh tutup pencalonan adalah sebelum atau pada 31 Mac 2017 (Jumaat). Sebarang pertanyaan berkaitan Anugerah lkon Guru 2017 sila hubungi pegawai kami Puan Nor Hapipah binti Haji Md Shah di talian 03-88721650/010-2255676 atau melalui emel hapipah.mdshah@moe.gov.my dan Puan Shahrohan binti Yaakob di talian 03-88721747 atau melalui emel shahrohan@moe.gov.my .

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk /Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan penganugerahan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

About admin

Profile photo of admin

Check Also

image003

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 3/2017 – “KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB”

Keterhutangan Kewangan Yang Serius 1. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan ...

Leave a Reply