BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / HEBAHAN : PENCALONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 2016

HEBAHAN : PENCALONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 2016

Salam Kegemilangan dan Salam 1Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Seri / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

Saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ Seri / Dato’/ Datin / Tuan / Puan berhubung perkara di atas.

2. Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato’ Seri/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) telah diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadasumbangan idea-idea kreatif dan inovatif agensi dalam penerapan dan pembudayaan inovasi ke arah kecemerlangan pengurusan organisasi masing-masing. AISA memberi fokus kepada empat bidang pengurusan iaitu Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Pentadbiran Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan.

3. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) merupakan pengiktirafan dan anugerah terunggul kepada agensi Kerajaan yang telah menghasilkan inovasi dan kecemerlangan ICT bagi mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti. Pemenang hadiah pertama AIICT akan menerima ganjaran wang tunai bernilai seratus lima puluh ribu ringgit (RM150,000) beserta trofi dan sijil, hadiah kedua bernilai wang tunai seratus ribu ringgit (RM100,000) beserta sijil dan hadiah ketiga bernilai wang tunai lima puluh ribu ringgit (RM50,000) beserta sijil.

4. Sehubungan dengan itu, sesi pencalonan bagi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) telah dibuka mulai hari ini sehingga 15 March 2016. . Semua dijemput untuk menghantar pencalonan di http://www.mampu.gov.my/aiict .Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia seperti yang berikut:

i. Puan Emmy Yusnida Binti Alias
No. Tel. : 03-887 23013

ii. Encik Mardoni Anak Bani
No. Tel. : 03-887 25137

e-mel: aiict@mampu.gov.my

Sekian, terima kasih

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia

About admin

Profile photo of admin

Check Also

HEBAHAN KKMM: PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia YBhg. Dato’ Sri/ Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Dr./Tuan/ Puan PERTANDINGAN ...

Leave a Reply