BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Hebahan / Info Keselamatan ICT: Etika Penggunaan Media Sosial Oleh Pegawai Awam

Info Keselamatan ICT: Etika Penggunaan Media Sosial Oleh Pegawai Awam

image001Inisiatif Kerajaan Digital satu lagi prakarsa strategik Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan berlandaskan rantaian digital. Pelaksanaan prakarsa strategik ini berupaya menghubungkan semua agensi Kerajaan, berkongsi sumber dan maklumat di kalangan agensi-agensi Kerajaan yang dapat meningkat dan membolehkan semua agensi menyediakan perkhidmatan interaktif dalam talian kepada orang ramai secara 24 jam x 365 hari melalui pelbagai saluran penyampaian perkhidmatan. Ledakan internet dan media sosial pula banyak mengubah landskap komunikasi dan penyampaian maklumat agensi Sektor Awam. Akses kepada media sosial dapat dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan alat komunikasi mudah alih dan telefon pintar.

Media sosial membolehkan maklumat disebarkan dengan pantas tanpa sempadan mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap pengaliran maklumat yang tidak hanya berlaku dinegara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Dalam usaha memastikan penggunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah dan memberi impak positif kepada
Sektor Awam, penerbitan ini disediakan sebagai asas dalam penggunaan dan pemantauan media sosial dalam Sektor Awam.

Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman
Ketua Pengarah MAMPU

About admin

Profile photo of admin

Check Also

image003

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 3/2017 – “KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB”

Keterhutangan Kewangan Yang Serius 1. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan ...

Leave a Reply