BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI ‘SMART PHONE ALTITUDE’ DI BAWAH PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 BAGI NEGERI KELANTAN

MAJLIS PENGAGIHAN PELAN DATA GURU DAN PERANTI ‘SMART PHONE ALTITUDE’ DI BAWAH PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET FASA 2 BAGI NEGERI KELANTAN

Terima kasih Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga pihak YTLC kerana telah menganugerahkan pelan data dan smartphone kepada guru. Semoga dengan adanya pelan data dan gajet ini akan membantu meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam akademik berjajarkan dunia digital.

Pengagihan ini melibatkan 3 zon iaitu zon 1 di SMK Bandar Kuala Krai, zon 2 di JPN Kelantan dan zon 3 di SK Tok Bok, Machang. Majlis penyampaian zon 1 di SMK Bandar Kuala Krai ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai, En Sazali bin Ibrahim. Turut hadir bersama adalah Ketua Sektor ICT JPN Kelantan, Penolong Pengarah Sektor ICT JPN Kelantan, Penolong Pengarah BTPN Kelantan, Pen Pegawai PPD Kuala Krai, Gua Musang, Jeli , Tanah Merah, BTPN Kelantan, PKG Negeri Kelantan, Pengurus YTL Kelantan dan staf YTL Bhd.

Pelan data dan smartphone ini telah diagihkan kepada pengetua dan guru besar diiringi guru penyelaras ICT sekolah teknologi ZOOM 4G PPD Kuala Krai , Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.

Makluman pengagihan pelan data guru dan telefon Altitude adalah seperti berikut :
Zon 1 : SMK Bandar Kuala Krai, 09/04/2017
Zon 2 : JPN Kelantan, 10/04/2017
Zon 3 : SK Tok Bok, Machang 12/04/2017

“Smart Phone Altitude” merupakan penambahbaikan dari projek 1Bestarinet Fasa 1. Telefon pintar ini dilengkapi dgn aplikasi yang telah disepadukan dengan aplikasi Frog Assignment, Frog Chat dan Frog Snap untuk membolehkan akses serta menyemak kerja rumah yang diberikan kepada pelajar. 1BestariNet merupakan projek transformasi pendidikan yang diperkenalkan kerajaan bagi menghubungkan semua sekolah kepada satu platform pembelajaran tunggal, mesra pengguna dengan persekitaran rangkaian yang lebih selamat. Melalui aplikasi ini, guru boleh memberi dan menyemak tugasan murid melalui “Frog Virtual Learning Environment” (VLE) di mana sahaja dengan mudah dan ia juga dilengkapi dengan Plan Data Guru 4GB bagi setiap guru yang membolehkan guru mengakses internet untuk tujuan Pembelajaran dan Pengajaran.

About admin

Profile photo of admin

Leave a Reply