BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN

PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN

Tuan / Puan,

PELAKSANAAN PEMANTAUAN LEBAR JALUR DI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KELANTAN.

Dengan hormatnya bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 telah bermula pada 1 Julai 2016 dan skop perkhidmatan bagi lebar jalur (bandwidth) untuk sekolah-sekolah negeri Kelantan dari 2 Mbps hingga 15 Mbps.

3. Bagi memantapkan pengurusan perkhidmatan 1bestariNet Fasa 2 khususnya perkhidmatan lebar jalur talian internet, setiap sekolah dipohon untuk menyediakan Laporan Pemantauan Perbekalan Lebar Jalur secara berkala mengikut garis panduan yang dilampirkan.

4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dipohon untuk memanjangkan surat yang dilampirkan kepada pihak sekolah. Tindakan tuan / puan juga adalah perlu membuat kutipan laporan berkenaan dari sekolah ahli masing-masing secara berkala setiap bulan.

5. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menurut perintah,

WAN MOHD ZAIDEE BIN WAN ZIN
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Talian Terus: +609 771 4900 | Faks: +609 771 4939 |
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

About admin

Profile photo of admin

Check Also

71400233193_950x600

Hebahan: Pencalonan Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ...

Leave a Reply