BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / Netbook 1Malaysia / Pemasangan Charging Cart, Netbook 1Malaysia

Pemasangan Charging Cart, Netbook 1Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seperti yang kita sedia maklum, N1M dibekalkan bersama dengan charging cart bagi tujuan charging dan juga sebagai tempat penyimpanan yang selamat untuk N1M.

Penghantaran charging cart telah lama dilaksanakan ke PKG dan juga sekolah-sekolah negeri Kelantan. namun begitu syarikat yang dipertanggungjawabkan bagi pemasangan chariging cart iaitu syarikat Kelisa Tech masih lagi belum melaksanakn pemasangan secara menyeluruh.

Saya telah berhubung dengan pegawai meja di BTP berhubung dengan perkara ini, ini adalah hasil dapatan dari perbincangan tersebut :

1. PKG dan sekolah boleh memasang dan menggunakan charging cart tersebut tanpa kehadiran syarikat.
2. Ini bertujuan untuk kemudahan charging dan juga keselamatan N1M.
3. Sekiranya ada masalah dari pihak syarikat di atas pemasangan oleh PKG dan sekolah, minta syarikat tersebut menghubungi pegawai meja di BTP iaitu Encik Azman Bin Yaakob.
4. Saya dimaklumkan bahawa warranty charging cart tersebut adalah selama 3 tahun.
5. Mohon PKG memanjangkan makluman ini kepada sekolah penerima di bawah kelompok masing-masing.

Segala kerjasama dan tindakan pihak PKG amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah (BEST)
BTPN Kelantan

About admin

Profile photo of admin

Check Also

Kerja Selesai

Maklumat Dokumen Panduan Frog Appliance dan Pelaksanaan Whitelisting di Portal 1BestariNet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan, Emel saya bertarikh 20 Oktober 2016 dan 30 Oktober 2016 ...

Leave a Reply