BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 5 Segi / PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2016

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2016

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah KPM Negeri Kelantan.

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2016 

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas dan surat rujukan KP(BTP-PPSB)8817/3/4/ Jld.3(25) bertarikh 27 Mei 2016 adalah berkaitan.

2. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta melaksanakan penarafan pembestarian menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS)  secara atas talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan bermula 15 Julai 2016 hingga 30 Ogos 2016 bagi peringkat Negeri Kelantan.

3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetia pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS). Bagi Negeri Kelantan, kami telah menyediakan platform pengisian SSQS secara atas talian. Sila klik pada  pautan online berikut http://ssqs.btpnkel.edu.my/ . Sebagai panduan, sila klik URL berikut sebagai rujukan : PANDUAN PENGISIAN SSQS 2016 – SILA KLIK

4. Kerjasama dan tindakan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dihargai serta diucapkan dengan jutaan terima kasih. Makluman lanjut berhubung perkara ini boleh dipohon dari Pegawai Teknologi Pendidikan PKG bagi sekolah kelompok masing-masing atau En. Mohd Asri Mohd Zawawi, Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan di talian 019 – 9814672.

Sekian.

MOHD KAMAL AZRUL MUHAMMAD
Pegawai Teknologi Pendidikan,
Unit Pembestarian Sekolah.

About admin

Profile photo of admin

Check Also

aplikasieMAS

Aplikasi Semakan Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards Dari Tahun 2012 hingga 2016

Salam Bahagia, Semua Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Dari Tahun ...

Leave a Reply