BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Pengisian Maklumat Aplikasi eData 2014.

Pengisian Maklumat Aplikasi eData 2014.

Assalamualaikum dan Salam 1BestariNet.

Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Kelantan

 

Tuan,

PENGISIAN MAKLUMAT DALAM APLIKASI eDATA

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pengisian maklumat dalam Aplikasi eData telah dilakukan pada bulan Mac 2014 berkaitan dangan Maklumat Asas Sekolah. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diatas komitmen Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Kelantan kerana berjaya melengkapkan data tersebut mengikut tarikh akhir pengisian iaitu sehingga 19 April 2014. Bersama ini disertakan sekali lagi status pengisian maklumat tersebut sebagai rujukan semula.

3. Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah ‘bergerak selangkah lagi’ dalam mengumpul maklumat dalam Aplikasi eData iaitu dengan pengisian Modul Maklumat Makmal Komputer untuk mengumpul data makmal komputer sekolah bagi tujuan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah-sekolah KPM.

4. Sehubungan itu, PKG Negeri Kelantan dimohon untuk melaksanakan pengemaskinian/verifikasi maklumat makmal komputer sekolah di dalam sistem tersebut. Setiap PKG perlu mengemaskini data sekolah di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan urusan pengesahan data dapat dijalankan dengan lancar. Maklumat berkenaan hendaklah diverifikasi dan disahkan oleh PKG selewat-lewatnya 27 Mei 2014 (Isnin).

URL eData : www.moe.edu.my/epantau/edata
Nama Pengguna : KodPKG
Kata Laluan : ******* (rujuk En. Wan Mohd Mahdi Wan Khaldin)

5. Segala kerjasama dan komitmen tuan/puan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Kelantan dalam melengkapkan data tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah ;

…………………………………………………….

(WAN MOHD MAHDI BIN WAN KHALDIN)
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan

No. Telefon : 019 – 932 8382 | 09 – 773 8688 | Faks : 09 – 773 6909

About admin

Profile photo of admin

Check Also

Hebahan: Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Salam Negaraku Malaysia Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan ...

Leave a Reply