BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Terkini / PERINGATAN MESRA KEDUA : PENGHANTARAN DATA eTEK BAGI SUKU TAHUN PERTAMA DAN KEDUA 2015

PERINGATAN MESRA KEDUA : PENGHANTARAN DATA eTEK BAGI SUKU TAHUN PERTAMA DAN KEDUA 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepada;
Semua Pegawai BTPN dan PKG Negeri Kelantan

Tuan,

PERINGATAN MESRA KEDUA : PENGHANTARAN DATA eTEK BAGI SUKU TAHUN PERTAMA DAN KEDUA 2015

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya maklumkan maklumat-maklumat seperti berikut:

Tarikh akhir penghantaran data eTEK suku tahun PERTAMA : 28 Mei 2015 jam 12.30 tengahari
Emel kepada : etekbtpnk@gmail.com
Nota : Pegawai BTPN dan PKG yang belum hantar data tersebut sila ambil tindakan SEGERA

Tarikh akhir penghantaran data eTEK suku tahun KEDUA : 25 Jun 2015 jam 12.30 tengahari
Emel kepada : etekbtpnk@gmail.com

3. Pengurusan Data eTEK adalah seperti berikut:

Data eTEK daripada pegawai BTPN diuruskan oleh En. Noor Azman bin Mohd Noor
Data eTEK daripada pegawai PKG diuruskan oleh En. Wan Mohd Zulki bin Wan Hussin

4. Borang pemantauan eTEK boleh dicetak dari Aplikasi eTEK versi 1.3 yang diemel oleh En. Mohd Zaidi bin Harun,
PTP 1 PKG Jambu Lawar.

5. Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah pemantauan untuk pegawai BTPN.

6. Untuk makluman semua sehingga tarikh 14 Jun 2015 sebanyak 12 buah PKG telah menghantar data eTEK bagi Suku Tahun Kedua. Mohon kerjasama semua pegawai BTPN dan PKG dapat menghantar data eTEK suku tahun kedua mengikut tarikh yang tertera di atas.

Sekian, terima kasih.

Zakaria bin Hassan
Penolong Pengarah
BTPN Kelantan.

About admin

Profile photo of admin

Check Also

Hebahan: Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Salam Negaraku Malaysia Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan ...

Leave a Reply