BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami warga rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:-

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.

Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.

Menyebarkan maklumat Pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan dan,

Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.