BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Projek Pembekalan Chromebook – Pengagihan Headset & Kabel HDMI

Projek Pembekalan Chromebook – Pengagihan Headset & Kabel HDMI

*MAKLUMAN UNTUK PERHATIAN & TINDAKAN (1)

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia

PROJEK PEMBEKALAN CHROMEBOOK – PENGAGIHAN HEADSET & KABEL HDMI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, penggantian peralatan ICT yang tidak ada waranti dalam projek pembekalan Chromebook ke makmal komputer telah selesai pada bulan Mac 2014. Sehubungan dengan itu, BTP telah menyediakan peralatan tanpa waranti seperti headset dan kabel HDMI untuk penggantian sekiranya berlaku kerosakan.

3. Bersama-sama ini dilampirkan Memo Dalaman berhubung perkara di atas untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

Tindakan PKG :

1. Dapatkan maklumat tentang kerosakan headset atau kabel HDMI dari sekolah yang menerima pembekalan Chromebook SAHAJA.
2. Minta sekolah hantar peralatan yang rosak ke PKG.
3. PKG membuat pengesahan bahawa peralatan itu betul-betul rosak,
3. Sila kumpulkan peralatan yang rosak dan hantar ke BTPN (u.p Iskandar).
4. BTPN akan menyerahkan perlatan yang baharu dan menyerahkan SAP kepada PKG.
5. PKG perlu menyerahkan SAP kepada pihak sekolah untuk dilengkapkan dan hantar kembali SAP tersebut ke BTPN.

  • Peralatan baharu HANYA akan diberikan sekiranya peralatan yang rosak dibawa bersama semasa penggantian di BTPN.
  • BTP hanya bekalkan 40 unit headset & 5 unit kabel HDMI. First Come First Serve Basis. Stok tambahan akan dimohon oleh BTPN berdasarkan keperluan setelah stok yang sedia ada telah habis.

LAMPIRAN :
MEMO DALAMAN – PENGAGIHAN HEADSET DAN KABEL HDMI – Sila Klik

Sekian, terima kasih.

Iskandar Zulkarnain Bin Abd Rahman
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Perkhidmatan ICT
BTPN Kelantan

About admin

Profile photo of admin

Check Also

image003

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 3/2017 – “KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB”

Keterhutangan Kewangan Yang Serius 1. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan ...