BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / Program / 1BestariNet / Status pemasangan 1BestariNet di sekolah-sekolah sehingga 16 Ogos 2014

Status pemasangan 1BestariNet di sekolah-sekolah sehingga 16 Ogos 2014

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas.

2. Disertakan status pemasangan 1BestariNet di sekolah dan PKG sehingga 16 Ogos 2014 daripada PMO ICT untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

3. Dipohon pihak Tuan/Puan memastikan notis penamatan perkhidmatan internet dikeluarkan kepada ISP bagi sekolah-sekolah yang telah dipasang 1BestariNet dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh UAT perkhidmatan 1BestariNet. (rujukan: KP(BPPA)(S)700-3/0204/0304/15Jld10(71) bertarikh 28 Dis 2012 dan KP(BTP_PENT)S/8800/50/25-10(2) bertarikh 11 Februari 2014 .

4. Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet, dipohon kerjasama pihak tuan/puan memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan PKG bahawa pihak sekolah boleh membuat aduan melalui portal https://1bnselfcare.yes.my. Dari situ, pihak sekolah akan dapat no. log/ trouble tiket no. selepas masukkan aduan dalam portal tersebut. Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi Meja Bantuan 1BestariNet- 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password. Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklum kepada PKG untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. Dicadangkan PKG membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetaknya sebagai dokumen sokongan.Laporan isu/masalah tersebut perlu dihantar kepada 1bestarinet@moe.gov.my secara mingguan untuk dibawa ke mesyuarat bersama PMO dan YTLC.

5. Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status/jadual pemasangan 1BestariNet.

6. Sebarang kemusykilan boleh emel kepada rr@moe.gov.my untuk tindakan selanjutnya. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.

Lampiran Status pemasangan 1BestariNet di sekolah-sekolah sehingga 16 Ogos 2014 – SILA KLIK

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Yap Ley Har
Penolong Pengarah
Sektor Repositori dan Rangkaian
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-2081 7662 Faks: 2081 7788

About admin

Profile photo of admin

Check Also

aplikasieMAS

Aplikasi Semakan Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards Dari Tahun 2012 hingga 2016

Salam Bahagia, Semua Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) Dari Tahun ...

Leave a Reply