BIGtheme.net http://bigtheme.net/ecommerce/opencart OpenCart Templates
Home / 5 Segi / SURAT PEKELILING IKTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 8 TAHUN 2015: KEMUDAHAN PINJAMAN NETBOOK 1MALAYSIA UNTUK GURU SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING IKTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL 8 TAHUN 2015: KEMUDAHAN PINJAMAN NETBOOK 1MALAYSIA UNTUK GURU SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Perkara di atas dan surat KPM KP/KPPM/6 Jl.2 (15) bertarikh 04 Jun 2015 adalah berkaitan.

2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Mac 2015 yang telah bersetuju dengan cadangan KPM untuk memperuntukan sebilangan netbook yang ditempatkan di PKG untuk dipinjamkan kepada guru-guru yang memerlukan, bersama ini dipanjangkan Pekeliling Iktisas KPM Bil 8 Tahun 2015 yang menerangkan secara terperinci tatacara pinjaman netbook untuk rujukan dan tindakan semua PKG.

3. Semua PKG akan dibekalkan dengan 50 unit Netbook dari loaner unit BTPN untuk tujuan tersebut. Sehubungan itu semua PKG dipohon untuk berhubung dengan En. Iskandar Zulkarnain (Unit Pembestarian Sekolah ) untuk mendapatkan stok Netbook tersebut.

4. Semua PKG diingatkan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya bagi mengelakan sebarang masalah yang berbangkit. Tuan juga dipohon untuk mengikuti semua tatacara Pengurusan Aset Kerajaan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Kerjasama semua amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian

About admin

Profile photo of admin

Check Also

extended_image

SURAT AKUAN PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT) KPM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman Tuan/ Puan, Dasar ...

Leave a Reply